Berasaskan bahasa Melayu, bahasa Malaysia terdiri dengan kosa kata yang rencam akan pinjaman daripada berpuluh bahasa lain baik yang serumpun ataupun luar rantau ini seperti Arab, Parsi dan Portugis. Hal ini menyebabkan tabiat peminjaman kata dan keadaan tidak mempunyai padanan jati sebagai sesuatu yang biasa dan lazim. Maklumlah, sejarahnya sebagai bahasantara Kesultanan Melaka antara orang Melayu dengan beratus kaum dan bangsa lain turut menyumbang dalam mencorakkan rupa citra bahasa ini selama beratus tahun adanya. Namun, dengan terbentuknya negara-bagsa Malaysia, jati diri kebangsaan dikaitkan dengan bahasa negara itu dan maka wujudlah gelombang pemurnian dan pembangsawian bahasa di seluruh dunia. Baik bangsa Rusia, Turki, Israel dan Arab, kesemua bangsa ini menjalankan semacam gerakan pemurnian bahasa yang bermaksud untuk mengangkat martabat bangsa dengan membentuk jati diri bangsawi yang berbeza lewat bahasa negara masing-masing. Malaysia juga tidak terlepas daripada gelombang ini dengan gelombang penterjemahan dan penggubalan istilah yang gencar nian oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1970-an dan ke atas.
Begitupun, wujud beberapa kekata dan ikat-angan yang masih tidak kunjung dipadankan ataupun dipadankan dengan setepat-tepatnya. Untuk kes 'system', tiada. Yang ada hanyalah serapan dan penyesuaian ejaannya sebagai 'sistem' sahaja. Hal ini tidak aneh kerana barangkali konsep 'system' ini terlalu canggih untuk dipadankan dengan kekata yang sedia ada dalam perbendaharaan bahasa kata sehingga kesepakatan MABBIM menyerap dengan menyesuaikan ejaannya sahaja.
Begitupun, adalah penting untuk kita sebagai bangsa Malaysia mempunyai kita yang tersendiri mengikut kaedah, daya cipta dan keperluan kita. Hal ini kerana kepentingan negara yakni mempunyai bahasa yang peridi, berdaya cipta, berjiwa-maju dan tepat tidaklah boleh ditambatkan kepada tindak-tanduk serta telunjuk orang lain yang tidak ingin berserikat dengan kita dan berniat berpisah dari kita. Janganlah pipi tersorong-sorong, kaum dwiwarna itu biarlah dengan haluan mereka dan kita dengan haluan kita.
Maka dari itu, wujudlah PIATUR. Ia dibentuk dari awalan 'pi-' yang sedia wujud dalam kata seperti 'piagam' dan 'pi(h)utang' yang bergawai sebagai pembentuk kata nama (KN) niskala. Maka, diangkatlah dan dipakailah semula untuk membentuk kekata baharu bagi bahasa tercinta kita.
Turunannya pula adalah seperti berikut:
berpiatur = kk. bersifat atau berkaitan piatur; systematic
piaturi = ksf. berkaitan dengan piatur; systemic
pemiaturan = kn. perbuatan menjadikan sesuatu itu berpiatur; systemization
nirpiatur, bipiatur = ksf tidak berpiatur; unsystematic
nyahpiatur = kk. jadikan tidak berpiatur; to desystemize
penyahpiaturan = kn. perbuatan membuang piatur pada sesuatu; desystemization
Dengan wujudnya satu olahan sahaja yang dicipta dan digunakan oleh bangsa Malaysia dalam bahasa Malaysia, maka dapatlah kita membasmi pendolak-dalikan antara sistem dan tatanan yang bersifat majlisi (aesthetic). Baik daripada 'tatanan' yang digedang-gedangkan PMX sehinggalah kepada keterbiasaan yang sudah terpiatur dan mengakar umbi dari 'sistem', dapatlah kita terapkan jalan-fikir serta jati diri kita yang sebenarnya dan asli dari kita sendiri.
Ulasan
Catat Ulasan