Langkau ke kandungan utama

Dengan Piatur, Dolak-dalik Dilebur

Buah Fikir Penulis: Bahasa Melayu Purnanegara

Bahasa Melayu Malaysia dapat dikatakan versi bahasa Melayu yang unggul dan dipermaju daripada beberapa sanak-saudaranya yang lain seperti Brunei, Patani, Kokos, di belakang 'abang besar'-nya yakni bahasa Melayu Indonèsia.


Secara garis besar, rantau Nusantara terpecah kepada dua mandala pengaruh yakni bahasa Indonèsia (secara besar terkandung dalam wilayah berdaulat NKRI) dan yang keduanya yang dipegang oléh bahasa Melayu Malaysia. Dapat diperkira, mandala pengaruh bahasa Melayu Malaysia sebenarnya lebih besar dan berakar mendalam kerana ia dianggap dan diangkat sebagai penerus kepada leluhurnya yakni bahasa Melayu Persuratan pada abad ke-14 M sehingga abad ke-15 M oléh kawasan yang terlibat dan bergiat menggunakan laras bahasa Melayu itu sehingga sekarang. Misalnya, Pulau Dua di Kawthaung, Myanmar, Sri Lanka, Tiga Wilayah Patani dan Kemboja olèh penuntut agama Islam berbangsa Cam.


Kebanyakan penutur di kawasan pengguna BMP ini menggerakkan pendidikan, kehidupan dan politik masyarakat merèka menggunakan bahasa Melayu daèrah merèka serta BMP bagi urusan tinggi atau ilmiah seperti pengajian ilmu agama dan bahasa. Misalnya, buku-buku pengajaran agama di sekolah agama di Patani dan Kemboja serta urusan perhubungan masih disampaikan dalam BMP di kampung-kampung Melayu di Myanmar.


Selain itu, hal ini menjadikan Malaysia sebagai tujuan sasaran merèka dalam mempertingkat penghidupan merèka dari segi pengajian ilmiah dan pelajaran, èkonomi dan peluang kerjaya. Hal ini berlandaskan anggapan keakraban secara bangsa, budaya dan bahasa. 


Maka dari itu, sejak dari pemaktuban bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia, bahasa Melayu bukan sahaja menggalas tanggungjawab sebagai bahasa kebangsaan negara ini malah turut menggalas lègasi bahasa Melayu Persuratan yang masih berakar di daèrah-daèrah Nusantara yang lain seperti yang dinyatakan di atas. Ia menjadi wadah pemandaian dan penyèbaran semangat kesatuan bangsa Melayu merentas pulau dan gunung yang memisah menerusi bahantara seperti surat khabar, buku serta bahan penerbitan lain yang dapat diangkut-keluar kepada kelompok pengguna luar Malaysia. Dalam hal ini, kita malah melihat bahasa Indonoesia yang berjaya melakukan perkara ini dengan pernah berlambaknya majalah Indonèsia di perpustakaan permahaguruan serta ruang awam Malaysia.


Pendekatan

Maka sedari awal, bahasa Melayu itu hendaklah dipiawai serta dimajukan secara anèkapusat sebagaimana wujudnya banyak pusat bahasa Melayu seperti Alor Setar, Kuching, Bandar Seri Begawan, Temerloh, Kuala Terengganu dan Ipoh di dalam Malaysia apatah lagi pusat jenis bahasa Melayu yang lain di luar Malaysia. Hal ini mempengaruhi secara garis besar dalam pembentukan dan pembakuan bahasa Melayu Malaysia dari segi èjaan, sebutan dan peristilahan. Konvnsi yang mempertimbang begitu banyak lantaran ini seyogialah dipertingkat dengan turut meliputi pusat bahasa Melayu lain sebagai bahan bantu dalam membuat pertimbangan dari segi kosa kata kebudayaan dan kepercayaan serta terutamanya segi peristilahan yang menjadi tonggak utama daya ungkap dan ilmiah bahasa Melayu pada zaman kiwari ini.


Riwayat tindakan menurut kaèdah ini ialah pugut dan nyanat dari bahasa Melayu Brunei yang membantu pemadanan istilah yang penting. Dan jika diperluas lagi, tidak mustahil kebanjiran istilah tatajurus dan tatakaji itu tidak lagi menjadi ancaman malah menjadi sambutan bagi bahasa Melayu oléh kayanya lombong perbendaharaan katanya dalam mengungkap dunia dengan berani, yakin dan jujur akan kendiri.


Manfaat dan Kelebihan Amali

1. Memudahkan pengèkajenisan bahasa Melayu

Hal ini dapat mencipta suatu laras bahasa dengan ungakapan, peristilahan dan kosa kata utamanya dipakai oléh kelompok penutur bahasa Melayu luar Malaysia Dampaknya, urusan perhubungan, peraluran (diplomasi) dan èkonomi dapat dipermudah. Secara politis, ia mencipta dan memperkukuh rantau pengaruh yang menggunakan BM.


2. Mewujudkan tataalam penyèbaran ilmiah yang utuh dan mampan

Dengan lingkungan yang mempunyai laras bahasa yang sepunya, ia mencipta peluang dan ruang yang tepat bagi saling berkongsi dapatan dan penerbitan ilmiah sebagaimana yang dipunyai lingkung-tutur Perancis (Francophonie).

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kemistar: Rakaman yang Pistar-Memistar

  Kemistar  ialah bahantara berwijilintar yang dipakai buat merakam, memainkan semula, menyiar raya serta memaparkan bahantara tetampakan yang bergerak. Kemistar pertama kali dibangunkan bagi piatur durapetia bersawat, yang diganti dengan pantas oleh piatur tabung sinar-katod (TSK), yang kemudiannya, digantikan pula oleh beberapa jenis paparan panel-rata. Piatur kemistar beragam-ragam dalam hal keleraian paparan, nisbah aspek, kadar saji semula, keupayaan warna dan segi-segi lain. Lelainan analog dan jemerijian ( digital ) juga wujud dan dapat difungsikan oleh bahantara lain, termasuk siar-raya tetuang udara, pita bersemberani, cakera optik, berkas komputer dan jaringan penjaliran. Galur Kata Daripada  keN-  (pembentuk KN) +  pistar  (Brn. kk. melihat, memerhati), bermaksud "sesuatu yang dilihat atau ditonton" persis galur kata  video  dalam bahasa Latin.

Ladang Suria: Lubuk Tenaga Hijau

  Ladang suria di Serendah, Selangor Ladang suria secara amnya merupakan suatu pepasangan atau kawasan yang luas tempat panel lintar-cahaya ( photovoltaic ) atau juga suria, dipasang dalam bilangan yang banyak bagi menjana tenaga suria. Selain itu, ladang suria turut dikenali sebagai taman suria dan stesen janakuasa suria. Cara kerja pengurusan tenaga janaan ladang suria juga berbeza daripada tatanan anggerana dan perumahan kerana peletakannya terpencar dan menggunakan panel suria yang berpasang-di-tanah, melitupi kawasan yang besar. Jenis-jenis Ladang Suria ladang suria bertetara-utiliti ( utility-scale solar farm ) penjanaan teragih ( distributed generation ) lelintangan renik ( microgrid ) Manfaat Ladang Suria 1. Sifar Pencemaran Ladang suria merupakan salah satu cara paling cekap dan berkesan untuk menaja tenaga terbaharui, bersih dan 100% dihasilkan oleh matahari. Ia tidak mempunyai risiko pencemaran sumber air tempatan dan tiada pelepasan KO2 yang terhasil sepanjang jangka ha...