Langkau ke kandungan utama

Dengan Piatur, Dolak-dalik Dilebur

Ladang Suria: Lubuk Tenaga Hijau

 



Ladang suria secara amnya merupakan suatu pepasangan atau kawasan yang luas tempat panel lintar-cahaya (photovoltaic) atau juga suria, dipasang dalam bilangan yang banyak bagi menjana tenaga suria. Selain itu, ladang suria turut dikenali sebagai taman suria dan stesen janakuasa suria.

Cara kerja pengurusan tenaga janaan ladang suria juga berbeza daripada tatanan anggerana dan perumahan kerana peletakannya terpencar dan menggunakan panel suria yang berpasang-di-tanah, melitupi kawasan yang besar.


Jenis-jenis Ladang Suria

  1. ladang suria bertetara-utiliti (utility-scale solar farm)
  2. penjanaan teragih (distributed generation)
  3. lelintangan renik (microgrid)

Manfaat Ladang Suria

1. Sifar Pencemaran

Ladang suria merupakan salah satu cara paling cekap dan berkesan untuk menaja tenaga terbaharui, bersih dan 100% dihasilkan oleh matahari. Ia tidak mempunyai risiko pencemaran sumber air tempatan dan tiada pelepasan KO2 yang terhasil sepanjang jangka hayat sesebuah ladang suria.

2. Jangka Hayat yang Panjang


Kebanyakan panel suria mampu bertahan selama 25 tahun atau lebih, dek berkat penambahbaikan berlanjutan dalam penghasilan dan tatajurus.

 

3. Pendwigunaan Tanah


Ladang suria membolehkan pendwigunaan tanah untuk perkara seperti pertanian ataupun meragut rumput, mencipta peluang untuk penggunaan tanah berdampak rendah yang berkesan positif kepada alam sekitar.

 

4. Capaian Tenaga Bersih yang Terdaulatrakyat


Di samping manfaat alam sekitar, ladang suria juga meningkatkan daya capai kepada manfaat tenaga bersih. Rancangan suria komuniti membolehkan pemilik rumah dan penyewa melanggani ladang suria dan menerima kredit pada surat tagih utiliti mereka. Ini membuatkan tenaga bersih lebih terjangkau, utamanya untuk mereka yang tidak mempunyai bumbung yang sesuai untuk panel suria ataupun dihalangi oleh biaya pepasangan yang mahal.

 

Rancangan Ladang Suria di Malaysia

1. Rancangan Suria Tetara Besar (Large Scale Solar Program) oleh Suruhanjaya Tenaga

Rancangan pembidaan berdaya saing yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tenaga sebagai agensi pelaksana untuk pembangunan loji fotovolta bertetara besar.


2. Bangunjaya Ladang Suria Terapung oleh Sarawak Energy




Rancangan pembangunan ladang suria terapung terbesar di Malaysia di Batang Ai ini dilaksanakan oleh Sarawak Energy yang bermilik negeri. Perancangannya menyasarkan keupayaan 50 megawatt pada fasa 1 dan mengintai-ngintai jangkauan keupayaan sebanyak 160 megawatt pada fasa 2. Dengan keluasan sebesar 190 hektar, ia disasarkan mampu menimpal (offset) sebanyak 150 kilotan pelepasan tahunan sekali gus merintisi penyahkarbonan tatanan tenaga Sarawak.

2. Bangunjaya Malaysia Marine and Heavy Engineering (MMHE) Holdings Sdn. Bhd.




Diprakarsai oleh M+ by Petronas dengan perjanjian yang akan berlanjutan sehingga tahun 2042, ia merupakan bangunjaya pepasangan suria bumbungan paling besar di Malaysia, terletak di West Yard, Pasir Gudang, Johor. Menggunakan skim SELCO, sebanyak 18,720 satuan panel FV dengan besar seluruh sekira 440,496 kaki persegi ini dapat membekalkan tenaga untuk 8 buah bangunan di MMHE Barat yang secara sekumpul dianggarkan sebanyak 10,000-jam megawatt (jMW) tenaga bersih secara tahunan. Jumlah ini bersamaan dengan 132,000 tan pelepasan karbon yang dapat dikurangkan sepanjang 21 tahun, yakni bersamaan dengan menanam 2 juta pokok.


Kosa Pustaka

  1. What is a solar farm?, 30 April 2019 oleh Renewable Energy World
  2. Solar Farms: Comprehensive Guide to Large-Scale Solar Energy Solution, 8 Jun 2024 oleh Nexamp

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Buah Fikir Penulis: Bahasa Melayu Purnanegara

Bahasa Melayu Malaysia dapat dikatakan versi bahasa Melayu yang unggul dan dipermaju daripada beberapa sanak-saudaranya yang lain seperti Brunei, Patani, Kokos, di belakang 'abang besar'-nya yakni bahasa Melayu Indonèsia. Secara garis besar, rantau Nusantara terpecah kepada dua mandala pengaruh yakni bahasa Indonèsia (secara besar terkandung dalam wilayah berdaulat NKRI) dan yang keduanya yang dipegang oléh bahasa Melayu Malaysia. Dapat diperkira, mandala pengaruh bahasa Melayu Malaysia sebenarnya lebih besar dan berakar mendalam kerana ia dianggap dan diangkat sebagai penerus kepada leluhurnya yakni bahasa Melayu Persuratan pada abad ke-14 M sehingga abad ke-15 M oléh kawasan yang terlibat dan bergiat menggunakan laras bahasa Melayu itu sehingga sekarang. Misalnya, Pulau Dua di Kawthaung, Myanmar, Sri Lanka, Tiga Wilayah Patani dan Kemboja olèh penuntut agama Islam berbangsa Cam. Kebanyakan penutur di kawasan pengguna BMP ini menggerakkan pendidikan, kehidupan dan politik masy...

Kemistar: Rakaman yang Pistar-Memistar

  Kemistar  ialah bahantara berwijilintar yang dipakai buat merakam, memainkan semula, menyiar raya serta memaparkan bahantara tetampakan yang bergerak. Kemistar pertama kali dibangunkan bagi piatur durapetia bersawat, yang diganti dengan pantas oleh piatur tabung sinar-katod (TSK), yang kemudiannya, digantikan pula oleh beberapa jenis paparan panel-rata. Piatur kemistar beragam-ragam dalam hal keleraian paparan, nisbah aspek, kadar saji semula, keupayaan warna dan segi-segi lain. Lelainan analog dan jemerijian ( digital ) juga wujud dan dapat difungsikan oleh bahantara lain, termasuk siar-raya tetuang udara, pita bersemberani, cakera optik, berkas komputer dan jaringan penjaliran. Galur Kata Daripada  keN-  (pembentuk KN) +  pistar  (Brn. kk. melihat, memerhati), bermaksud "sesuatu yang dilihat atau ditonton" persis galur kata  video  dalam bahasa Latin.