Langkau ke kandungan utama

Catatan

Dengan Piatur, Dolak-dalik Dilebur

Catatan terbaharu

Kemistar: Rakaman yang Pistar-Memistar

  Kemistar  ialah bahantara berwijilintar yang dipakai buat merakam, memainkan semula, menyiar raya serta memaparkan bahantara tetampakan yang bergerak. Kemistar pertama kali dibangunkan bagi piatur durapetia bersawat, yang diganti dengan pantas oleh piatur tabung sinar-katod (TSK), yang kemudiannya, digantikan pula oleh beberapa jenis paparan panel-rata. Piatur kemistar beragam-ragam dalam hal keleraian paparan, nisbah aspek, kadar saji semula, keupayaan warna dan segi-segi lain. Lelainan analog dan jemerijian ( digital ) juga wujud dan dapat difungsikan oleh bahantara lain, termasuk siar-raya tetuang udara, pita bersemberani, cakera optik, berkas komputer dan jaringan penjaliran. Galur Kata Daripada  keN-  (pembentuk KN) +  pistar  (Brn. kk. melihat, memerhati), bermaksud "sesuatu yang dilihat atau ditonton" persis galur kata  video  dalam bahasa Latin.

Buah Fikir Penulis: Bahasa Melayu Purnanegara

Bahasa Melayu Malaysia dapat dikatakan versi bahasa Melayu yang unggul dan dipermaju daripada beberapa sanak-saudaranya yang lain seperti Brunei, Patani, Kokos, di belakang 'abang besar'-nya yakni bahasa Melayu Indonèsia. Secara garis besar, rantau Nusantara terpecah kepada dua mandala pengaruh yakni bahasa Indonèsia (secara besar terkandung dalam wilayah berdaulat NKRI) dan yang keduanya yang dipegang oléh bahasa Melayu Malaysia. Dapat diperkira, mandala pengaruh bahasa Melayu Malaysia sebenarnya lebih besar dan berakar mendalam kerana ia dianggap dan diangkat sebagai penerus kepada leluhurnya yakni bahasa Melayu Persuratan pada abad ke-14 M sehingga abad ke-15 M oléh kawasan yang terlibat dan bergiat menggunakan laras bahasa Melayu itu sehingga sekarang. Misalnya, Pulau Dua di Kawthaung, Myanmar, Sri Lanka, Tiga Wilayah Patani dan Kemboja olèh penuntut agama Islam berbangsa Cam. Kebanyakan penutur di kawasan pengguna BMP ini menggerakkan pendidikan, kehidupan dan politik masy...

Krida Maya: Mutia Pelipur dari Jagat Maya

(Gambar ihsan USTimes ) Ringkasnya, ia merujuk kepada apa-apa kegiatan ataupun pertandingan jasmani atau akliah yang berperaturan yang dilakukan untuk bersuka-suka ataupun mendidik. Galur Kata Daripada bahasa Indonesia, krida  (sukan, tindakan) daripada bahasa Jawa  ꦏꦿꦶꦝ   ( kridha ,  “hiburan , lipuran; berlatih, berlampas ” ) , daripada bahasa Jawa Kuno   krīḍā   ( “sukan, permainan, riadah ” ) , daripada Sanskrit   क्रीडा   ( krīḍā ) . Berdasanama dengan permainan, krida menawarkan gantian yang lebih pendek, berkesan dan berdaya cipta dalam menggubal istilah bidang Permainan daripada bahasa Inggeris. Jenis krida kembara (advenutre game) krida dalam talian (online game) krida maya (video game) krida arked (arcade game) krida tempur raya (battle royale game) kotak acak (sandbox) krida maya penyelakuan (simulation video game) krida santai (casual game) krida penakatan (survival game) krida lagak (action game) krida lumba (racing game) krida penemb...

Ladang Suria: Lubuk Tenaga Hijau

  Ladang suria di Serendah, Selangor Ladang suria secara amnya merupakan suatu pepasangan atau kawasan yang luas tempat panel lintar-cahaya ( photovoltaic ) atau juga suria, dipasang dalam bilangan yang banyak bagi menjana tenaga suria. Selain itu, ladang suria turut dikenali sebagai taman suria dan stesen janakuasa suria. Cara kerja pengurusan tenaga janaan ladang suria juga berbeza daripada tatanan anggerana dan perumahan kerana peletakannya terpencar dan menggunakan panel suria yang berpasang-di-tanah, melitupi kawasan yang besar. Jenis-jenis Ladang Suria ladang suria bertetara-utiliti ( utility-scale solar farm ) penjanaan teragih ( distributed generation ) lelintangan renik ( microgrid ) Manfaat Ladang Suria 1. Sifar Pencemaran Ladang suria merupakan salah satu cara paling cekap dan berkesan untuk menaja tenaga terbaharui, bersih dan 100% dihasilkan oleh matahari. Ia tidak mempunyai risiko pencemaran sumber air tempatan dan tiada pelepasan KO2 yang terhasil sepanjang jangka ha...

Begawan dalam Kenasranian

Para begawan Inggeris yang dirupakan pada kaca rona sebuah gereja Galur Kata Menurut SEALang Malay Lexicography, begawan  bermaksud "diberkati, soleh, suci". Dalam tradisi kesusasteraan Melayu, ia lazim digunakan terutamanya kepada pertapa daripada golongan parodewa ataupun berketurunan diraja, bangsawan yang melepaskan darjat dan pangkatnya itu.  Berasal daripada bahasa Sanskrit, bhagavat (dijunjung, suci, berkah). Bhaga bermaksud "kekayaan, tuah" manakala -vat bermaksud "mempunyai, memiliki". Dalam bahasa Melayu Betawi, ada tercatat juga soleh bagi menamakan orang suci seperti Soleh Peter (St. Peter). Begawan  (Bgw.) dipakai buat lelaki manakala Begawati  (Bgwt.) dipakai buat perempuan. Jenis-jenis Begawan a) Penggolongan umum: Syuhada ( Martyr ) Pengaku ( Confessor ) Begawan Penaung ( Patron Saint ) Begawan Rakyat ( Folk Saint ) b) Menurut peranan atau ciri-ciri: uskup ( Bishops ) perawan ( Virgins ) balu ( Widow ) jurumukjizat ( Miracle Worker ) zah...